RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua,


Rukun Negara berfungsi sebagai tulang belakang yang menjadi sandaran & pegangan negara & rakyat Malaysia. Rukun negara ialah satu ideologi negara yang digubal sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan rakyat & membimbing mereka ke arah perpaduan. Usaha penggubalan Rukun Negara dilakukan semasa negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), iaitu selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

  • Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • Ideologi ini digubal semasa sedang berada dibawah pimpinan MAGERAN & badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN).
  • Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN, iaitu pada 27 Januari 1970.

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

  • Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif seperti:
  1. Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
  2. Memelihara cara hidup yang demokratik.
  3. Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil & saksama.
  4.  Membentuk masyarakat yang bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
  5. Membina masyarakat progresif dengan sains & teknologi. 

PRINSIP RUKUN NEGARA

Semua rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Penghayatan  prinsip-prinsip yang baik akan membantu kepada pencapaian masyarakat Malaysia yang bersatu padu.


  • Maklumat tambahan bagi pengetahuan semua orang iaitu sebabnya Malaysia memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan adalah kerana bunga raya ini mudah didapati di Malaysia.
  • Warnanya yang menarik perhatian serta lima kelopak tersebut melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara. Bunga ini melambangkan sifat perpaduan.


                            
via GIPHY

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • Agama sebagai pegangan utama rakyat malaysia. Rakyat yang beragama juga mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Seterusnya, walaupun Islam menjadi agama rasmi persekutuan, tetapi mana-mana agama lain bebas dianuti dalam persekutuan.
  • Pegangan agama juga dapat membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik & menghindari perbuatan jahat serta mengenali dosa & pahala.
  •  Dalam perlembagaan persekutuan malaysia telah menetapkan bahawa agama islam sebagai agama rasmi.
  •  Fenomena ini membolehkan setiap individu berpegang kepada kepercayaan yang diyakininya & patuh kepada ajaran masing-masing. Contoh agama yang bebas dianuti di Malaysia ialah agama Islam, Buddhisme, Taoisme, Confucianisme, Hinduisme, Kristian & lain-lain.  

Image result for kepercayaan kepada tuhan animasi

KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA


  • Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.
  • Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara & raja-raja Melayu sebagai Ketua Negeri. Rakyat harus menjadikan raja sebagai simbol perpaduan rakyat. Malahan, sesiapa yang menderhaka kepada raja dianggap sebagai penderhaka kepada negara.
  • Prinsip ini juga bertujuan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab & sanggup berkorban untuk negara demi keamanan & kemajuan. 
  • Pegangan yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan masyarakat yang seperti :

   (i)Menghormati harta awam.
   (ii)Menghormati simbol-simbol kedaulatan negara.
   (iii)Mematuhi undang-undang.
   (iv)Produktif
   (v)Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti-aktiviti sosial,ekonomi & politik yang diceburinya.
   (vi)Sanggup menyumbang masa & tenaganya untuk pembangunan masyarakat & negara.
   (vii)Setia,sanggup & berani mempertahankan negara daripada sebarang ancaman kuasa luar.
   (viii)Bersifat altruistik [tindakan yang sukarela]
   (ix)Mengutamakan kebaikan masyarakat & negara tanpa perasaan prejudis atau perkauman.


Image result for kesetiaan kepada raja dan negara

KELUHURAN PERLEMBAGAAN


  • Negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan undang-undang yang tertinggi dalam negara. Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima,mematuhi & mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Persekutun Malaysia. 


  • Hal ini kerana, perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan & hak kepada setiap anggota masyarakat dalam negara.


  • Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu:


  1. Konsep Raja Berperlembagaan.
  2. Kedudukan kaum Bumiputera & bukan Bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi terjamin.
  3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang.
  4. Agama Islam sebagai agama rasmi disamping kebebasan beragama turut juga diamalkan.
  5. Hak asasi rakyat terjamin.
  6. Hak kerakyatan & sistem pemerintahan.