❅KEGANASAN KAUM CINA DALAM TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969
PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 DI SELANGOR DAN SEKITAR KL❅
- Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang terutama antara kaum Melayu & Cina dan rusuhan ini berlaku selepas Pilihan Raya 1969 iaitu parti-parti pembangkang (Parti Tindakan Rakyat - DAP) & Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
- Mahupun Parti PERIKATAN bolehmembina kerajaan tetapi kemenangan mereka semakin merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya. Peristiwa ini berlaku & semakin menjadi hangat sehingga melibatkan isu-isu perkauman & peribadi individu-individu tertentu.
- DAP & GERAKAN mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 & 12 Mei 1969 sebahagiannya tiada kebenaran dari polis. Ini merupakan kesinambungan daripada peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seseorang pemuda Cina yang terkorban dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.
- Union Malay Nation Organization(UMNO) rasa tercabar serta turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya. Perarakan tersebut diketuai oleh Datuk Harun Idris iaitu Menteri Besar Selangor ketika itu. Perarakan yang berbentuk provokasi dari kedua-dua pihak telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawa titik hitam dalam sejarah negara. Bantuan tentera terpaksa dipanggil kerana pihak polis gagal mengawal keadaan.
- Rusuhan kaum hanya berlaku di kawasan tertentu iaitu Kuala Lumpur dan sekelilingnya sahaja(Selangor) & jangka masa yang terhad. Peristiwa ini telah membuka mata semua orang serta pemimpin-pemimpin negara mula sedar serta turut meneliti isu perpaduan dengan lebih serius. Kesan yang ditinggalkan amatlah menggerikan dan menyebabkan rakyat takut.
- Di Selangor, jumlah mangsa yang terkorban dalam tempoh Darurat ketika itu adalah seramai 172 - 196 orang. Angka rasmi bagi bilangan yang terkorban seramai 493 orang. Jumlah ini mungkin ramai kerana mereka tidak merekod jumlah kecederaan yang dialami.
- Kesimpulannya, para pemimpin mula berfikir agar isu perkauman tersebut dapat dielakkan pada masa yang akan datang. Pada peringkat awal, tindak balas serta merta yang diambil bagi memberhentikan keganasan. Antara tindak balas yang diambil adalah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan ini (contohnya, V. David daripada Gerakan ditahan 2 tahun & Lim Kit Siang daripada parti DAP) mengenakan perintah berkurung,mengawal akhbar-akhbar & mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti politik serta mengharamkan kempen pilihan raya (ketika ini negeri Sabah & Sarawak belum dilaksanakan pilihan raya mengikut negeri).



No comments:
Post a Comment