Peristiwa 13 Mei 1969 memberi pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia supaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain atau semua kaum. Tanpa nilai persefahaman,toleransi & sikap hormat-menghormati,perasaan curiga & syak wasangka akan timbul dalam kalangan etnik di Malaysia. Matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan pada tahun 1970 & Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama disekolah-sekolah. Justeru itu juga, kerajaan telah membentuk satu lagi kementerian,iaitu Kementerian Perpaduan Negara & ditukarkan kepada Lembaga Perpaduan Negara yang menentukan aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan atau kesatuan rakyat. Akhir kata, Dasar Kebudayaan diwujudkan sebagai langkah & usaha mengekalkan perpaduan, seterusnya dapat mewujudkan integrasi nasional dengan memberikan fokus kepada masyarakat Semenanjung Tanah Melayu serta Sabah & Sarawak.
via GIPHY
KESIMPULAN
Kelahiran Rukun Negara tidak menempuh jalan yang panjang. Namun, ia dihasilkan dengan berlatarkan sejarah yang panjang. Walaupun masa menggubalnya hanya setahun,namun peristiwa 13 Mei yang mendorong penggubalannya berhubung kait dengan dimensi sejarah luas & jauh ke belakang. Implikasi, rentetan,peristiwa yang berkaitan adalah juga penting difahami.
Kelima prinsip ini harus dilihat sebagai kesatuan tuntutan yang menyeluruh. Menjelang alaf ini sudah 48 tahun usia Rukun Negara. Akhir kata, kelahiran ideologi ini yang berlatarkan peristiwa pahit 13 Mei bukanlah satu yang sementara bagi mengatasi masalah khusus yang telah dihadapi. Tegasnya, ia tidak berfungsi sebagai ubat sahaja tetapi juga sebagai pencegah agar masyarakat akan terus utuh,maju & sejahtera.
No comments:
Post a Comment